Tuesday, March 31, 2009

bosan duduk dirumah






ermm arini memang bosan giler duk umah nie last2 aku tgk dvd jer wekend nie. tapi tadi nasib baiklahh aku pi PC Fair kat Kuching itu ikut member aku bawak jalan. pastu terus balik umah. bercakap mengenai PC fair tadi aku rase oklah taklah sehebat Kl kan tapi bagi aku kire bagus jugaklahh. Banyak jugak booth yang dibuka and ramai gak yang dtg tadi and sesak jugaklahh aku tgk. aku tak beli apa2 pun sebab takdak duit gaji belum masuk lagi maaa huuhuhu. tak per nanti gaji dah masuk aku akan beli satu set hifi baru. Sayang sekali aku terpaksa tinggal Micro Hifi kesayangan aku kat umah di kajang. kalo tak boleh jugak aku layan music kuat2 hahhahaha. memandangkan duduk umah nie aku dah tak tahu ape nak wat nie so internet nie yng menghiburkan aku. Nak writing blog nie pun i dont have any idea yang menarik hari. so aku nak upload ajelah gambar2 anak buah kesayangan aku. mis u all so much especially Danish, adik Rizq and Dania Arisha.


Anak -anak buah aku and Very cute girl Dania Arissha n miss him so much hehehe



Dania adalah my nephew aku yang ke 20 hehheh memang ramaikan keluarga aku. seronok giler bile sume balik raya tapi yang tak seronoknya akulahh sebab sume kena bagi duit raya. ermm sekarang aku ade 10 org anak buah laki dan 10 org anak buah pompuan so same ratalahh sekarang nie.

Bilalah turn aku pulak ekhh heheeheh. Sabor ajelahh nanti akan aku uploadkan gambr2 aku kawen nanti hahahhaah. tapi entah bila?????????



Saturday, March 7, 2009

FAMILY DAY JMSK POLIKU






main tarik upeh huuuh




Staff JMSK Poliku bersama keluarga masing2





Tak sampai seminggu aku keje kat poliku aku dah join aktiviti yang diadakan oleh jabatan aku untuk mengeratkan silaturahim semua staff dijabatan aku. so bagi aku inilah peluang untuk aku nak kenal semua staff dijabatan aku. Family day nie diadakan di LUNDU Kuching disebuah resort yang baru dan cantik tapi aku dah luper arr name die. tapi bagi aku tempat dia oklahh kemudahan semua ade termasuk kolam renang dan dekat ngan tepi pantai. Perjalanan dari Kuching ke Lundu mengambail mase lebih kurang 1 jam lebih dan kiteorg konvoi bersama sebab aku nie manlahh tahu jalan kat Kuching nie kann. Sampai di sana terus pi makan dulu hehhehe biasalhh alas perut arrr dulukann. pas makan terus pi hotel tersebut dan terus check in kiteorg duk kat penthouse tapi tak dapt view pantai sebab dak2 pompuan dah book dulu, tak kisahlahh janji selesa.

aktivi yang dijalankan pun tak kurang meriahnya kire seronok jugaklahh family day nie. aku rase nielah first time aku join family day nie huhuhu sepanjang hidup aku nie. best jugaklahh so malas nak cite panjang2 aku masukkan gambo ajelah. thanks kepada semua staf jmsk kerana menjemput aku join family day nie walaupun aku lewat masuk hehehehe. apaapa pun tahniah kat korang sume kerana berjaya menjayakan program nie.


Saturday, February 28, 2009

my new life at sarawak


Tanggal 13/2/2009 jam 3.45 petang bertempat di lapangan terbang Antarabangsa Kuching Sarawak inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Kenyalang yang sememangnya agak asing dalam hidup aku ini. Maka dengan itu jugalahh satu kehidupan baru aku akan bermula di sini. di sini bermulanya kerjaya baru aku sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH 41 atau lebih popular lagi Pensyarah Politeknik. aku ditempatkan dipoliteknik Kuching Sarawak. Politeknik ini maybe antara yang paling awal dibuka kot tapi tempat die cantik dikelilingi bukit bukau sejuk mata memandang.Pada pandangan aku Bandaraya Kuching sebenarnya agak unik dan taklahh sesibuk seprti di KL cume jalan die agak kecil taklahh sebesar Kl tue. tapi setakat aku jengjalan kat sini tak pernah jumpa tol heheheh. sian org duk Kl kan setiap kali kuar mesti kena bayar tol( nasib baik toll tak jadi naik hehehheheheh).cume aku duk sini kenalahh belajar bahasa sarawak heheheh so sekarang aku kenalahh tukarkan cakap aku kepada kamek hehheheh. First time aku sampai politeknik Kuching nie aku teringat jalan ke Sungai Lembing heheheh kg halaman tercinta sebab jalan die lebih kurang aje. Aku sampai kul 7 pagi awal gile kan uhuhuu. so hari pertama oklah n aku ditempatkan di jabatan Matematik, Sains dan Komputer ermm nampaknya kenalahh study balik aku sebab aku akan ajar matematik hehehe.minggu pertama aku kat sini aku tak ngajar lagi sebab jadual tak dpt n setelkan semua yang patut disetelkan. sambil tue aku kenalahh start study semula matematik yang aku rase dah hampair 6 tahun aku tinggalkan kot heheheh.dalam pada yang sama kiteorg dah dpt umah baru, selesalhh skit dari umah lama tue at least adelahh gak peti ais, mesin basuh, katil kerusi n dapur utk masak. Baru aje sampai sana jabatan aku dah anjurkan hari keluarga so aku pun join skali arr. nanti aku citekan pengalamn pi LUNDU heheehe. so far setakat aku duk sini aku tak mengadapi masalah beso sangat n semua org kat sini baik2 n very helpfull taklahh terasing sangat aku rasa. Maka dengan ini bermulalahh kehidupan baru aku ditempat baru yang indah permai nie. Sarawak akan aku jelajah hingga sampai Sabah heehheeeh