Wednesday, November 30, 2011

After 6 month



Assalamualaikum
ermm agak dah lama tidak menulis dlm blog nie almost 4bulan kot hehhehe. Biasalah masa banyak dihabiskan pada waktu pejabat so skerg nie berehat skit budak2 tgh bercuti semester. kepada yang telah berjaya menjawab soalan final exam aritu tahniahlah. tapi yang gagal tue jganlah berputus asa InsyaAllah cuba lagi semester depan.
Kini umur Afif sudah 6 bulan sudah banyak perubahan yang berlaku padanya . antara nya ialah sduah pandai merangkak menirap dgn laju. sudah pandai pegang barang mainan dgn lama. Afif juga sudah boleh bergelak ketawa n ajak abah dan mamanya berborak2 pagi2 hari. Bila umur da 6 bulan maka bolehlahh kita baginya makan hehehe Alhamdullilah Afif ok aje bile bagi makan cerelac n bubur nasi.

Sunday, June 26, 2011

Afif Jazimin

Salam hampir lama gak aku menyepi hehehee agak sibuk melayan kehadiran org baru dlm keluarga bahagia aku nie Afif Jazimin bin Redzuan Safri. Syukur tidak terhingga aku terhadap Allah SWT di atas segala rezki yang telah di berikanNya kepada seluruh umatNya termasuklahh aku hamba yang kecil ini.Afif telah selamat dilahirkan pada 30 mei 2011 jam 2.27 pagi sejurus selepas ibunya telah di masukkan wad pada jam 8 pagi 29 mei 2011. Kronologinya lebih kurang macam ini
  • 1.30 pagi 29/5/2011 sakit2 dan terus hantar pi hospital tingkat 4 di Hospital Umum Sarawak.
  • 8.00am 29/5/2011 baru masuk wad di tingkat 5 hospital yg sama
  • 11.00 pm iaitu selepas 20 jam masuk hospital air ketuban telah pecah dah terus di bawa ke wad bersalin
  • 1.30 am 30/5/2011 doktor panggil aku masuk temankan dia masa bersalin
  • 2.27 Pagi Afif telah selamat dilahirkan dengan berat 3.03 kg dan sume dlm keadaan ok
  • 5.00 pagi baru kuar dr wad bersalin dah di bawa ke atas
  • 3.30 petang 30/5/2011 doktor bagi kebenaran keluar sebab semua dlm keadaan ok.

Terima kasih di ucapakan kepada semua kakitangan Hospital Umum Sarawak diatas sume layanan baik yang telah anda berikan.


sejurus selepas dilahirkan

Tuesday, May 17, 2011

politeknik kuching sarawak

ermm rasenya harinie genap aku 2 tahun 3 bulan kot aku bekerja makan gaji di politeknik Kuching sarawak. serba sedikit aku cerita keadaan aku disini wat mase sekarang nie aku berkhidmat di Jabatan Matematik , Sains & komputer terkejut jugak aku kena masuk jabatan ini almaklumlahh dah lama gile tinggalkan math pastu masuk kena ajar subjek yang sememangya sume org tak suke belajar kan. so tabahkan diri buka buku balik study maa hari2 sebelum kelas aku kena bangun awal pagi nak siapkan sume persdeiaan sebelum mengajar. so far dah 2 tahun lebih aku duk sini math tue dah oklahh dari dulu sume dlm kepala dah hahhahaha. ermm dari segi staff aku rase tak pernah lebih 35 org sebab ade yng dah pindah balik semenanjung dan tukar jabatan masing2 uwaaaaa nak jugak balik kampung huhuhuhu. sekrang nie JMSK sem depan akan ajar sume subjek math yg ditawarkan di PKS nie sibuklahh sem depan huhuhuh .

Friday, May 6, 2011

19/6/2010

salam
mungkin tarikh ini tidak ada apa2 makna bagi sebilangan org tetapi tarikh keramat inilahh aku menamatkan zaman bujang aku selama 28 tahun hehehheh. mungkin tarikh ini dah hampir 1 tahun berlalu dan sekrang ini aku hanya menunggu masa untuk isteri tercinta bersalin hujung bulan atau awal bulan depan. sememangnya kehidupan setelah berkhwen ini banyak yng berubah biasalahh dulu hidup sorang
2 so sekrang kenalahh berdua kan.


aku terima nikahnya hehheheheheh



ketika membaca lafaz taklik time nie legaaaaaaaaa hahhaha



keluarga baru aku .

ermm nanti sambung lagi hehheeh

Thursday, April 28, 2011

come back

assalamaualaikum
rasenya almost 2 year dah aku tak update blog ini but now rasenya masa yang sesuai kot utk kembali berblogger hehheheh. aku rasa dlm 2 tahun nie mcm2 perkara dah terjadi dlm hidup aku dan yang paling penting aku sekarang dah menjadi seorg suami dan akan menjadi seorg ayah kot hehhehehe. InsyaAllah maybe awal bulan jun maka lengkaplah sebuah kehidupan bagi seorg hamba Allah ini Syukur aku kepadaNya keatas segala limpah dan RahmatNya. sekrang nie dah bahagia bersama isteri ynag tercinta heheheh